26 JANUARI 2007-UTUSAN MALAYSIA
Beliau berkata, faktor lain yang merangsang pertumbuhan syarikat itu tahun demi tahun ialah harga produk-produknya yang berpatutan dan bersesuaian dengan semua peringkat umur.
Mansoor berkata, syarikat itu memiliki dua kategori produk iaitu barangan kosmetik dan bukan kosmetik yang mana barangan kosmetik membabitkan produk penjagaan kulit, wangian dan mekap, manakala barangan bukan kosmetik adalah pakaian dalam wanita dan barangan kemas. ‘‘Barangan kosmetik adalah penyumbang terbesar bagi jualan syarikat iaitu kira-kira 65 peratus manakala kategori bukan kosmetik pula adalah sebanyak 35 peratus,’’kata beliau sambil menambah wangian Avon merupakan produk paling popular. Mansoor berkata, selain wakil jualan, syarikat juga mempunyai 176 butik Avon yang dibangunkan melalui konsep francais. Jelasnya, konsep francais yang diperkenalkan sejak tahun 2003 dengan lebih 65 peratus adalah usahawan bumiputera, hanya memerlukan mereka melabur antara RM100,000 hingga RM150,000 bergantung kepada lokasi. ‘‘Lebih menarik lagi, mereka tidak perlu menyediakan wang untuk membeli stok tetapi kami akan bekalkan mereka dengan pelbagai barangan Avon yang bernilai antara RM100,000 hingga RM500,000. ‘‘Daripada jualan tersebut mereka akan meraih pendapatan melalui komisen jualan setinggi 15 peratus,’’ jelasnya. Mengenai cadangan mengembangkan lagi perniagaan butik Avon pada tahun ini, beliau berkata,syarikat akan mengukuhkan lagi jualan butik sedia ada serta membantu menambah lagi pendapatan wakil-wakilnya.
0 comments:
Post a Comment